:: Award 5 ::


Thanx kepada FATIN coz sudi bagi award ni kat i oke..
Anda memang besh la!!

1. anda mesti memuji si pemberi award.
fatin yang baik hati lagi comel kiut..terima kasih banyak2 kerana memberi award ini kepada saya(bercakap dalam nada menang award Berita Harian..haha)

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain
10?? banyak tue.. nak bagi sapa ye..

aina
wanie
t-rah
shima
alinac
miszlullaby
ailebiu

~da rest sila la amik~

3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
ye baik..dalam kiraan 10 saat saya akan kasitaw..hoho :P

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great
soalan ini membunuh!..haha..tak tahulah..rakan2 blogger yang tentukan


:: Mak ai mahalnya ::


Nama ikan : White Sultan Fish
Tengok ikan ni nampak macam tak menyelerakankan??
Tapi korang tahu berapa harganye?

Berat ikan ni 1.8kg bersamaan $1224(dolar ok..)
Pergh..gila mahal kot
Kalau dalam RM?
Lu fikir la sendiri..
Mau habis duit gaji korang sebulan..

Ikan nilah yang menimbulkan kontroversi kat sebuah restoran feng shui kat singapore..
Hoh?
Terkejut seorang pakcik tu bila kena bayar harga tu..
Pakcik tu siap ajak kawan-kawan makan..
Dia nak ikan lain tapi takda..
So pelayan tu recommended la ikan ni..
Tapi pakcik tu sengal..
Pergi setuju je..tanpa tahu harga..
Bila nak bayar mulalah gelabah bewak..
Hadei..
Nak tanak restoran tu kasilah diskaun 15% kat pakcik tu..
Tapi pakcik tu stil marah2 + maki2 la kot..haha

Salah siapa?
Pemilik kedai atau pakcik tu?
Dah taw kedai tu exclusive...
hadeii

:: Glitterati dan buffered earning ::


Okeh..kali ni aku nak cakap pasal nuffnang..
actually aku tak berapa paham sangat dengan status glitterati yang aku dapat dari nuffnang..
Anyone can explain?
Pastu aku agak terpikir-pikir..
Sambil terkebil-kebil..
Kenapa ads asik duk gelek-gelek kat page aku..
Bila aku duk buka nuffnang..
Rupa-rupanya aku dapat buffered nuffnang..

So sapa2 boleh explain tak..
Apa function glitterati tu?
Aku ni baru merangkak-rangkak dalam kancah nuffnang ni..
So otai2 nuffnang..
Jangan gelak pulak bile baca entri aku ni..

"Saya budak baru belajar"

:: Pre-konvo part 2 ::

Hye rakan2..
Aku lapar tapi tak lalu nak makan..
So aku dah tak tahu nak buat apa..
Aku decide nak update belog..yeah..

Wah lagi 10 hari..
Aku akan grad..
Seronok + sedih..
Seronok sebab dapar shopping
Sedih sebab en bf tak dapat datang :(

Abaikan..
So bab shopping lah paling aku suka..
Yeehaa..yeehaa

Baju: okeh..baju aku decide nak tempah i mean tak beli yang ready made sebab masa aku ikot mak aku soping kat alamoda silk..ayah aku offer..nak kain apa untuk baju konvo..amik lah..
So aku ape lagi..dengan semangat cari punya cari..
Actually aku g alamoda tu sebab ayah aku nak beli kain untuk mak aku..tapi ntah macam mana mak aku tak jumpe yang dia berkenan..So aku lak yg jumpe..
Rembat jela..
Tak sabar nak tunggu baju tu siap..tapi xsure la baju tu dapat disiapkan atau tak oleh tukang jahit see toy itu..tsk..tsk
sebab last minit baru nak anta...



Kasut: Etika berpakaian masa konvo kena pakai kasut bertutop..jenuh mencari tapi tak jumpe pon..
So macam mana nak konvo dengan gojes ni?hahaha

Oppss..tak mungkin aku pakai kasut macam ni..mau tercabut kaki aku..haha

Tudung: Oke fine, universiti aku dah tetapkan..wajib pakai tudung putih!
Putih!!!
omaigosh!!..
Aku sangat tidak suka pakai tudung,shawl or wat so ever yg wane putih diatas kepala..
Sebabnye...sebabnye..sebabnye..
Aku rasa warna itu membuatkan aku tidak ceria..
haih..
Tapi nak tak nak..kenalah pakai jugak..
Oke..tudung settle..



putih itu suci..juz for the certain things!


Sekarang adalah misi mencari kasut..



:: Mari melancong ::



Bila dah tak tahu nak buat ape..
So apa kata kita kutip hutang tag..
Hey2 elie thanx ye tag i..
Wah2 sangat seronok bile rakan2 mengingati diri ini..cewah..
lalala~

Jom kita jawab tag sambil makan pizza..
nyum2


1) 3 nama samaran kamu..
~ann
~khai
~achik

2) 5 tarikh penting dalam hidup kamu

25 jan - my dad's bornday
8 oct - my mum's bornday
11june - my bornday :P
10 march - en bf's bornday
16 sept - my anniversary wif him (i bet hes forgot bout this..tsk..tsk )

3) 5 perkara yang buat kamu gembira

- dapat detink..yeah saya sangat mengharap kalau dapat detink sebabnya kami berjauhan :(
-dapat soping ape yang saya idam2 kan..rite now im falling in love wif this watch

cost: RM220..brand:swatch..aku sudah jatuh cinta dengan jam ini..selama ni tak penah minat jam girly2 camni..tp tidak lagi dengan swatch..hahaha..

-dapat bercuti kat tepi pantai..dem! tringin gler nak tgk sunrise and sunset!!
- dapat perhatian +manja2+gedik2 dengan en bf..i loike..haha :P
-dapat curik masa en bf :(

5) 5 tempat percutian idaman kamu

= PARIS! fine dari kecik aku bercita-cita nak g kota romantika ni!




= AUSTRALIA! mau pegi gold coast!!mau mau..sape nak sponsor utk honeymoon aku??sila2..hoho


KOREA!!..manelah tahu boleh jumpe dengan SUJU..nak amik gambar banyak2..pastu nak berlagak dekat miera,wanie,aina...hahha..keji tak?wakaka...


CAMERON HIGHLAND!! mau petik strawberry banyak2 bunga banyak2!!
oh god..plz make my dream come true


SIPADAN ISLAND!! cantik gler!! mau pergi sini..uhuk



6) 5 sebab kamu nk jawab tag ni
~sebab di tag oleh rakan blogger..hey thanx igt kat i
~bosan tak tahu nak wat ape
~memang suka gler jawab menda yang merapu macam ni
~suka buang masa
~rasa puas, ibarat melepas kentut yang ditahan selama seminggu


7) 5 org yg anda hendak tag!
~en bf..haha..die tade blog dan juga tidak membaca blog ini tapi nak letak jugak!
~wanie @ sha
~aina
~miera
~t-rah

:: Saya nak karok oke!! ::

Rindunya nak melalak..
Rindunya nak karok..

Attention to my cuzey and friends

Aku nak g karok!!
Walaupun batuk..
Tapi aku nak sangat karok...
Tak kira...huhuhu




Arghh..rindu gile time nih..
Balik umah kat kol 2 pagi..
Mentang-mentanglah duk kl..
Bebas sebebasnya..haha


MAU KAROK!!!!!


:: Award 4 ::



thanx pada fiq coz bagi award ni..
haih nasib baik diriku rajin membaca kat shoutbox..
kalau x
sure xperasan..
thanx once again to firdauskhalid

dah dapat award mustilah kena jawab soklankan..
jom..mari menjawab sambil minum air untuk mengelak batok seterusnya mengganggu konsentrasi menjawab soalan..
yibba....yibba..


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award

~blog die yang smart~
~rajin update blog(tak macam aku)~
~rakan blogger aku~
~tak kenal sangat~
~thanx sebab tag yeah!hehe~

Just down 10 interesting facts about yourself of your hobbies

~aku anak ke3 dari 5 org~
~anak perempuan bongsu~
~addicted ngn fb(en bf cakap oke)~
~suke edit gambar~
~suke gile makan kepsi dan mekdi..hari2 makan pon xjemu~
~i love fashion!!~
~aku garang (sampai ada blogger cakap muke aku garang..haha)~
~suka lepak tepi pantai sebab ia tenang~
~aku suka photoshoot~
~obses dengan choc!!~

Picks your 10 most deserving receipients and describe them
malas nak tagg, sape nak boleh ambil oke =)

ni plak award yg di create oleh firdauskhalid
hey2..thanx!




:: Award 3 ::


Award kali ni dapat dari YUAZAWA

so mari kita menjawab soalan2 berikut seperti menjawab soalan spm kertas julai..oke..saya tidak berpengalaman menjawab kertas julai..makanya saya menjawab disini..
ishk mengarutnya kau!!



1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
shemoot

kawan2 panggil anne since sekolah and matrik..
masuk U je orang eja name ak ant..
then ant = semut..
pronouce shemoot = semut..
so jadilah shemoot..kihkih..

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
sesemutyangnoty.blogspot.com
semut itu nakal?ntah aku main taruk je..haha

3. apa method dlm penulisan anda?
bebas!!

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
tak..sebab aku rasa tak perlu nak hapuskan...

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
kakak aku yang first

6. apa perasaan anda bila org kata blog anda buruk sdgkan org lain kata blog anda cantik?
Saya tak kesah..mata org len2..ade kaler biru,pink,hijau..haha

7. bila blog anda diberanakkan?
yang pasti tahun 2009

8. siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
roomateku si antu korea

9. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
ada ke orang cakap?tak rasa pon ade yg tgk..haha

10. sepuluh org sterusnya bakal di tag.
-siapa

-yang

-nak


-award


-ini


-silalah


-amik


-tanpa


-malu


-ha ckp pon 10


:: Anda photogenic?? ::

Tengok-tengok blog ada blogwalker comment kat shout box..
Orang tu tag aku..
Ajak join contest photogenic..
Rasa diri tak photogenic pon..
Tapi tak salah mencuba..kihkih


Nak tahu lebih lanjut kelik sini --> [tekan]

So aku tak tahu nak letak gambar apa..
So akhirnya aku pilih gambar ini..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Apa yek nak cakap..
Haha..sebenarnya malu nak masuk contest ni..
Sebab rasa diri tak photogenic pon.
Tapi orang dah tag so join je la..
kang kecik hati..
Thanx to rakan blogger minie
Okey
Gambar ni gambar syok sendiri sementara tunggu housemate aku bersiap b4 pegi @curve
Tang gmbr ni aku suke selendang dia dan tahi lalat aku yg kat bawah mulut tu(selalu kalau amik gambar tak nampak pon..huhu)
Tapi malangnya selendang ni dah rosak..
Tsk..tsk..

Nak tag 3 org:

momo
aina
wanie

:: Award 2 ::

Terima kasih kepada saudara tinta emas sang pengembara yang memberi award ini..kihkih


M: Adakah anda happy sekarang?

Bercelaru..sedang isi borang konvo dan nak pegi bank..pos laju..banyaknye

M: Kenapa anda happy?

Sebab saya normal sihat dan bahagia..haha

M: Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?

Happy jawab soalan survey konvo..tipuuuu..tak suka..tak suka..banyak sangat!!

M: Pernahkah anda menerima tag?

yu..penah

M: Nyatakan warna yang anda suka?

pink + red

M: Beritahu 9 orang yang anda mahu tag what??

Silalah ambil kepada mereka yang memerlukan award ini oke(cukup pon 9..haha)

M:Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.

Selamat datang ke belog aku

M: Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

yuppy.. =)

::Perbezaan HTTP dan HTTPS::

Keselamatan perkongsian data melaui virtual network penting..
Kalaulah pakar-pakar tidak menunjukkan kepakaran dalam keselamatan alam cyber..
Pasti dengan mudah penyangak nak hack accountkan
Tapi tak juga..
Dengan security pon diaorang boleh buat jugak kerja yang berdosa tuh..hehe

HTTP dan HTTPS..
Masa aku study dulu
Aku amil subjek network security
Time lab kena la wat menda ni
Task lecturer bagi..
Nampak je senang..
Juz taip kat address tu..
Tapi masa tu tengah bodoh-bodoh alang..
Ikut jela arahan..
Bila tengok dari mata kasar..
Tak nampak pon perbezaan..
So kami pon kenalah mengkaji..
Rupa-rupanya dari sgi port yang digunakan pon lain..
Kalau http die guna port 80 standard for internet la kan..
Kalau https die guna port 443..
Tapi dari segi security dan kebocoran data tu dapat dielakkan jika sesuatu webpage tu menggunakan https.
Kebiasaannya yang guna http senang kalau orang nak eavesdrop antara computer dan web server tapi kalau guna https ni dia agak secure la..
Secure sebab penghantaran data semua tu memerlukan encrypts dan decrypts..
Kebanyakkan yang guna https macam bank menda-menda yang memerlukan penggunaan data-data sulit macam no akaun dan sebagainya..
Senang kalau nak tengok guna gmail..
So sapa yang ada akaun gmail silalah tengok url korang yek..
So agak sukar la kot nak pecah masuk..
Antara laman web networking yang tak guna https ialah myspace...
Sebab tula myspace senang benar kena hack..phishing dan sebagainya..
Salah satu mangsanya adalah aku..haha
Dan disebabkan itulah aku dah tak aktif myspace..kihkih

Oklah
Tu je yang aku nak share dengan korang..
Tu yang aku paham masa aku study dulu..
Kalau salah info mintak maaflah yeh..

Ni bukti gmail guna https..kalau yang http aku rasa tak payah lah tunjuk bukti..korang boleh tengok sendiri..hehe..

:: Sayang mereka::

Sape sini ada binatang perliharaan?
Orang tua-tua cakap, kalau sesiapa yang sukakan binatang bermaksud dia seorang penyayang..
Wah..aku sangat bangga kerana aku sukakan binatang..
Itu bermaksud aku seorang penyayang..kihkih.. perasan betol.
Haiwan peliharaan yang aku ada adalah daripada kisah-kisah tauladan kanak-kanak...
"Sang Kura-Kura dan Arnab"

Aku ada sepasang kura-kura kecil yang comel lagi gagah perkasa..
Walaupun mereka ini kecil tetapi makan sangat banyak..
Kadang-kadang rasa macam malas nk kasi makan dah..
nak suruh mereka berpuasa..haha

Tapi sayangnya sekang aku hanya mempunyai seekor saja kura..
Maka tidak boleh menggunakan perkataan kura-kura..
Kerana hanya tinggal seekor saja..
Nak dijadikan cerita yang sekor lagi tu mati akibat kerinduan pada aku..
Mendapat berita kura ku mati daripada kakakku..
Oh sungguh kesian..
Sampai terkangkang-kangkang mati..
Dah name haiwan ni jalan merangkak..
Mestilah terkangkangkan?apalah kau ni..
Ambik sedas..pang!!..
Ohoi....sakit...
Oke stop..
jangan mengarut lagi...

Kura-kura ni diberi nama budin dan bella oleh kawan-kawan aku..
Tetapi, dirumah mereka memanggilnya dengan nama ann dan apan..
Oh sungguh keji kakak serta adik-adikku..

Seterusnya binatang yang aku sayang adalah arnabs(plural oke)
Arnab yang kami bela adalah daripada spesis angora(berbulu lebat) dan spesis biasa2(arnab kampung..haha)..
Kalau tengok kat pet shop dekat Mid valley..
Harga seekor arban angora dalam lingkungan rm200++ seekor..

Actually kami hanya bela 2 ekor arnab angora..
Malangnya kedua-duanya adalah betina..
OH MAN..macam mana nak meneruskan ganerasi kalau dah dua-dua betina kan..
So pada suatu hari tu ayah aku lepas lah arnab-arnab angora ni bermain-main di sekitar kawasan rumah..
Entah macam mana, arnab kampung yang memang dah sangap dan tertarik dengan kecantikan angora telah merogol di depan mata ayah serta emak aku..
Oh rugi!! ak rasa sangat rugi kerana tidak dapat melihat adengan seks binatang..haha

Ketika adegan berlaku..ayah aku yang terperanjat terus menarik angora..
Tetapi malangnya..benih2 kecintaan arnab kampung telah memasuki ruang peranakan angora..
Akhirnya, setelah beberapa minggu ia disahkan mengandung..
Tapi alhamdullillah..sebab anak yang dilahirkan mengikut ganetik arnab angora..
Tidak mengikut ganetik bapa yang tak berapa nak comel tu..kihkih..


Ni arnab angora first2 skali kami org bela..Sekarang dah tua so xberapa comel

Ni anak hasil rogol..hahaha...

Ni pulak anak halal..angora+angora..Comel giler

Comel gile kot..macam tahu-tahu je orang nak amik gmbar dia..fotogenik oke..kihkih

Oh damn kiut..im in love wif this one...

Tak tahulah dia buat apa ni..hmmmm..

Mak dan anak...Tak sabar tunggu si putih tu berbulu macam mak die..

Ni la habitat dia..hasil rekaan bapak aku..haha..walaupun tak berapa nak cantik..yang penting hasil tangan ayah aku sendiri..dan sangat selesa untuk mereka..


:: Award 1 ::

Bangun pagi gosok gigi..
Cuci muka pakai baju..
Makan roti minum susu(tipu..aku tak minum susu oke)
Buka tenet..
Bukak blog..
Yeah dapat award..
Someone leave it a clue in shoutbox..
thanx to rakan bloggerku..
Hey..hey..thanx for da award yeh
Yippi..yippi..keterujaan..kihkih
kelik sini


1. what do you feel to know that you got this award
yippi..yippi..happy

2. list down 7 blogs that deserved this award
.:: wanie

.:: aina

.:: alinac

.:: huda

.:: momo

.::
tirah

.::
mell

hey friends take this award okeh..keep it in your blog..share it keep it..hoho

::Kawan itu kegembiraan::




Kawan adalah segalanya selain daripada famili dan kekasih hati..
Tanpa mereka, pasti hidup sunyikan..
Walaupun kadang-kadang kawan ada mengguris hati..
Biasalah lumrah hidup..
Tak semua orang dapat ikut rentak hati kita..

Saya sayang kawan-kawan saya..
Mereka adalah kekuatan saya selain famili..
Kalau saya dalam kesedihan dan kesusahan..Saya perlukan mereka..
Dan mereka sedia meminjamkan telinga walaupun saya tahu telinga mereka penuh shit..haha
Abaikan..tak kelakar pon kan.
Oke..

Saya ada macam-macam kawan..
Ada yang sopan,mulut bising,gerang,cantik,lawa,baik hati,mulut laser dan sebagainya..
Tapi walau apa pon diorang..
Saya tak kesah..
Asalkan hati saya dan kepala saya boleh masuk dengan diorang..
Saya tak suka berkawan dengan mereka yang cuba merampas kekasih saya..
Unless die mintak maap dan stay away from my bf..

Kadang-kadang musuh pun boleh jadi kawan baik..
Serius saya tak tipu..
One of my best friend sekarang ni..
Adalah musuh saya masa form3..
But who knows..
Allah dah ciptakan sesuatu yang sesuai untuk hamba dia..



Azlin- aku kenal dia masa darjah 6..masa perlawanan bola jaring MSSD..even sekolah berlainan tapi akhirnya masa sekolah menengah kami 1 kelas then kami berkawan baik..

Farah- Kawan aku masa kecik lagi..Duduk depan umah je..
Then terpisah setelah dia berpindah but jumpe semula masa sekolah menengah..Tapi masa form3 kami telah gaduh besar but akhirnye dia kawan baik aku sampai sekarang..




wanie @ sha : kenal masa form 3 sebab 1 kelas..then form 4 dia blah mrsm KT..now shes study at moscow n taking madical..i bet dia bakal doktor yg sangat vouge n bergaya..bukan apa..takot nanti pesakit yang dia rawat tu terus tanak keluar hospital...kihkih..persamaan kami..kami dah tak sabar nak kawin..haha



Aina: oke..dia ni sangat sempoi orangnye..otak gila2.sangat boleh masuk..kenal die masa sekolah menengah lagi..ni bf die..
p/s: aina..saya xde gmbr awk sorg...kihkih


rinie: dia ni mulut banyak..tapi bila bergambar mulut ketap..nak tunjuk diri seorang yang pendiam...tapi hakikat sebenar..hanya kami je taw..haha...walaupun dia ni banyak mulut dan mulut laser..tapi berkawan dengan dia sangat2 seronok..sebab dia xkedekut..aku cakap dia tak kedekut kerana dia suka kasi hadiah kat aku..kahkah :P..

fiza: dia ni sangat rajin orangnya..sangat baik hati, lembut dan manja..tapi awas..sekali dia marah..rinie yang garang n laser tu pun terdiam..haha...aku paling tak ley blah kalau die telefon famili dia..agak cairlah taik telinga..
p/s:kalau aku cakap cam ko ckp.mau apan ketor lutut fiza...hahaha



kak shida: shes da best sister i ever meet..serius dia sangat2 caring dan juga banyak mulut...hehe..kenal sebab satu rumah masa stady dekat U..muka sebijik cina + putih pink..Dia ni sangat rajin n sangat baik hati..




nani: dia ni sangat sempoi n ganas+ladies..haha..sama2 kaki online dan tiap malam hidup sunyi tanpa die..sama-sama cari kerja..kihkih


HIDUP SUNYI TANPA KAWAN

::Mari bersama::

B.O.S.A.N
jom wat tag..this tagged grab from momo chan..
thanx ya mieramomochan


1. thank n link da person who gave u award...
sangat kesian sebab tak pernah dapat award.. tsk..tsk

2. pass this award to 15 bloggers u've recently discoverd n think are fantastic

aina yang sempoi

wanie klon ct

mel yang sopan

khalin yang cantik

taufik suke togeh

tirah yang baik hati

nadia haves yang comel

kaklong kawan apan

kak aida yang hebat

kak ila yang banyak mulut

kak aili yang jiwang

_mereka2 yang lain..sila lah ambik_

3.contact said blogs n let them know they've won the award

okey..will giv a clue on shoutbox..watchout!

4.state 7 things about yourself
simple tapi agak cerewet dalam memilih sesuatu..

saya suka melawa sebab tahu diri tak berapa lawa..haha


kuat nangis and tak suka kana marah apatah lagi pukul..n cepat terasa hati..


suka sesuatu yang creative..kalau boleh nak jadi freelance grafik designer..


sangat gila dengan color merah n pink


tak boleh jumpa kazen n kawan2 nanti tak jumpe kunci untuk stop ketawa


tak suka makan daging n perut..






::Cerita kita::

Filem melayu dan jalan penceritaan yang penuh dengan kritikan jika dibandingkan dengan cerita luar negara..
Ayah aku paling tak suka cerita melayu..bukan sebab tak sokong tapi sebab jalan cerita yang kadang-kadang membuatkan orang mengkritik..haih~

1) Kalau cerita melayu..kalau 5 orang pelakon..hanya 5 orang je dari mula cerita sampai abeh..watak-watak sampingan hanya beberapa kerat..tu pun macam tak mampu nak hidupkan cerita..Nak-nak lagi kalau cerita orang kampung serang sipolan2...Nak tergelak je tgk..

2) Part mengandung..AKu heran betul..kalau mengandung je..Mesti nak pegang-pegang perut..takpe..pk positif..tak nak bantal tu jatuh kot..kihkih..Sedangkan dalam dunia realiti..bukannya 24jam pegang perot..Aduh pelik!

3) Kalau make-up..Pergh kalah lah adobe photoshope..Mau kat 5 6 kilo..berlakon duduk umah pun make-up kalah opera china..sedangkan duni realiti..duduk rumah kalau boleh muka nak bebas dari mekup2..kalau tengak cerita omputih..nampak natural je makup dorang..takda pon kaler yg ummph! tp lawa gak

4) Tang bulu mata palsu ak rasa paling tak logik!..nak tito pon bulu mate tetap maintain..Takut sangat tak cantik kot masa berlakon tu..Oh plz la..be natural...

5) Kalau cerita yang melibatkan orang kaya..mesti libatkan juta-juta..billion ringgit..tak nak kalah tu..banyak betul duit..Lepas tu mulalah tindih orang2 miskin..

6) Kalau cerita cinta lak..kalau cinta tak kesampaian..akhirnya mesti disatukan..kononnya..nenek dah wasiatkan lah..dah ditunangkan dari kecillah..yang paling xley blah..nenek yang nazak yang tak kenal pon tetibe boleh wasiatkan..dan dan org tu da relate..sedangkan dalam dunia betul..0.1% je kot..family nak wasiat2 kan utk disatukan..

7)Kalau part sarapan pagi, mesti roti hari-hari..roti sapu planta la hape la..ni mesti kes nak jimat budget..kihkih

kalau ikutkan banyak je lg..tapi rasanya..korang semua boleh nilai..ni yang aku tengok dari mata kasar..pendek cerita..tiap cerita drama melayu..mesti ade babak macam dalam entri aku..kalau tak percaya..tengok la cerita melayu kite..hehe..

sayonara~



::Pre-konvo part 1::



Perasaan bercampur baur..
Tak tahu nak cakap gembira atau pun tidak..
Ye!! Gembira..
Oke tanak tipu..
Tak gembira..
Tapi gembira..
Mana satu kau ni ann..
Pang!!Ouch sakitnya penampar..

Susah nak ungkap apa perasaan yang tidak dapat dinilai ini..
Saya gembira sebab saya nak konvo..
Tapi..tapi..tapi..
Tarikh konvo adalah sangat tidak memberi kesan kegembiraan dihati..
Oh dimanakah kegembiraan hati yang sepatutnya singgah..
Stopi it ann!

Oke..baiklah..
Kalau orang lain, mesti tertunggu-tunggu tarikh nak melempar mortar board kelangit..
Pakai jubah yang memang dapat sorok perut yang buncit tu..
Tapi tidak bagi kami!!.

Apakan daya kami insan hina
Nak buat macam manakan?
Dah ditetapkan oleh pihak U..
Maka dengan lafas bismillahirrahmanirrahim..
Saya merasmikan majlis..
Oopss silap..
Tula bila hati tidak ikhlas..
Macam nilah jadi..

Oke serius..ikhlas..
Maka perasaan syukur ke khadrat illahi kami kena juga terima hakikat bahawa tarikh konvo jatuh pada 8 Julai 2010
bersamaan ______________kalendar islam(tak tengok kalendar islam la..so tak tahu..)

Best ke konvo pada hari orang bekerja..
Sangat mengharap famili dan juga en bf datang..
Okey tak perlu mengharap..
Jangan mengharap sebab en bf takkan cuti sebab itu..
Die sangat workholic..
Ye pekerja yang sangat rajin(nak sedapkan hati)
Monolog dalam hati yang memang tidak berkesudahan sehingga bertemu 8 Julai 2010..

Sekian, dengan hati kecewa membawa diri..tsk..tsk..

~Sayonara~


Saya nak ini masa hari saya dianugerah Ijazah Sarjana Muda pada tarikh 8 Julai..

::Tahniah kawanku::

Bersyukur kerana saingan aku telah berkurangan..
Cuma saingan aku sekarang adalah Cik Aina Hazuani, Wan Nur Shazwani dan Farah Yunus..
Ok takpe..Cik Nur Shazwani aku tidak merasa tergugat kerana dia sekarang berada jauh di Rusia..
Maka saya perlu berdoa semoga saudari Aina Hazuani dan Farah Yunus cepat ditunangkan dengan pasangan masing2..ok tanak..
Saya berdoa semoga saya dahulu sebelum mereka..berdoa dan terus berdoa..
Oh rakusnya kau ann..
Gatal betul..dah cukup..jangan mengarut..
Ok stop.nokhtah..titik..
Kembali ke pangkalan jalan..
Apa yang kau merepek-repek ni..
Ok dah sambung...

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelumnya..
Alhamdullillah kawan aku dah selamat di tunangkan dengan saudari RUHI HAYAT..
Congrats ye Cik Nur Saidatul Azlin..

Kami tiba di rumah saudari azlin pada pukul 12lebih..Aku sangat tergesa-gesa, kerana lewat bangun tidur dan aina serta enbf kereta kancil color oren menunggu diluar umah
Takpa..ak kasi chance mereka berjiwang serta melakukan raba-rabaan manja..serius ini tipu
Ok abaikan..Memang saya suka bangun tidur lewat..Pemalas?Ye tepat sekali..
Apa?anak dara tak elok?Memang betol..Tapi nak buat macam mana dah terbabas..
Stop it ann!..
Oh mengarut lagi..

Ok sampai je kat rumah azlin terus kami salam2 dengan mak n nenek azlin..
ishk kelakarnya panggil die azlin..geli..
Ok sambung..
Lepas dah salam-salam tu kami pun berlaru naik kebilik atas dan melaungkan name leen..
Panggilan disahut.lalu pintu terkuak dari dalam..
Ketika itu leen sedang di contengkan mukanya oleh mak andam..
Oh sangat cantik!

Gambar terpaksa diblurkan oleh pihak berwajib atas kesilapan angle..marap maaf

Sepatutnya acara bermula sesudah zohor, tapi pada hari itu, acara diadakan lewat memandangkan si tunangan terkandas dalam jem..maklumlah si tunangan dari KL..
Kalau area kuantan confirm dah sampai...

Pada pukul 3.30 acara menyarung cincin dijalankan dan sejurus kemudian aku,aina serta ika terus mencari makanan..serius lapar..
Makanan sangat sedap!..Macam-macam ada
Aku telah mengambil lauk keli goreng berlada,pari,sayur,lempong dan tidak ketinggalan sambal belacan..
Pergh giler superb sedap...

Setelah kekenyangan, kami mendapatkan azlin semula..
Ketika itu, die sedang bergamba bersama-sama mereka-mereka,dia-dia(ok tak tahu siapa mereka yang dimaksudkan jadi tidak boleh dinyatakan disini...)


Ok..dah malas nak cerita..lagipun bukan ada orang baca
Maka..
Setelah sesi photoshoot kami tamat
Kami pon pulang ke pangkal jalan..
sekian...

Here some photos yg gojes..



BFF..tapi tak lengkap sebab orang Rusia xdapat join..

Berlatih duduk itu penting supaya kaki tidak terpeleot...

Inilah pasangannye...dah boleh terus akad nikah la kalau macamni..kihkih

::Tips menggemukkan badan::



Pemuda (lawan kepada petua) menggemokkan badan pada si kerempeng

Badan yang kerempang semestinya mengganggu prestasi anda..
Terasa seperti melayang-layang ditiup angin..
Jika angin ribut taufan melanda..pastinya anda akan hilang dilayangkan

AMARAN:Sila baca dalam keadaan serius!!

Ok tips ini sangat berguna kepada mereka yang ingin menaikkan berat badan:

1) Bangun pagi, kalau perlu xypayah cuci muka..terus pergi beli nasi lemak..ini kerana..dikhuatiri nasi lemak habis apabila anda mengambil masa mencuci muka..Seterusnya mengurangkan keberkesanan pemuda ini

2) Makan selagi boleh bergerak..jangan berhenti selagi anda tidak memuntahkan makanan tersebut..

3)Bersiap sedia untuk makan tengahari..Sesungguhnya, makan tengahari lebih menyumbang kepada kegemukan daripada makan pagi..Ini kerana,lepas makan anda perlu tidur..haha

4)Bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika membuat kerja..seperti menyediakan jajan,kerepek-kerepek..Kalau boleh sediakan sekali pizza pastinya mempercepatkan tindakan menaikkan badan anda.

5)Makan malam yang banyak diperlukan untuk pengumpulan lemak juga tenaga..supaya tidak sejuk di malam hari

6)Lakukan aktiviti makan ditengah malam sebelum tidur, ini bertujuan supaya anda lebih lena tidur setelah kenyang..hoho

Pemuda ini hendaklah dilakukan setiap hari bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan..Bagi mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi seperti aku..Anda disarankan berkahwin awal kerana pemuda ini tidak akan menjadi kepada anda..Mereka yang berkahwin awal cenderung untuk gemuk kerana anda gemuk serta buncit akibat perbuatan anda sendiri..haha..

Selamat mencuba

p/s:aku nak berisi sikit..tapi tak mahu gemuk..

gambar dipetik dari google..

::Panggilan sepi::

Atok,tokwan,toki,aki,datuk
erm..panggilan yang aku tak pernah guna..
Seronok ke ada atok?..
Aku sering tertanya-tanya..
Aku tak pernah ada atok..
Aku tak pernah melihat atok..

Menurut mak..aki meninggal semasa mak tingkatan 4..
Kemalangan motosikal dan terhendak dada dekat batu penanda..
Oh sungguh sedih..
Umur mak baru meningkat tapi sudah hilang tempat bergantung..

Menurut mak lagi..
Atok sangat garang dan anak-anak sangat takut dengan arwah..
Tapi tu penilaian orang dahulu kala..
Ehem..maksud aku penilaian orang dahulu dan orang sekarang sangat berbeza..
Yelah kan...orang sekarang ni mane nak takot dengan orang yang lagi tua..

Kalau takut masakan dalam berita mahupun di dada akhbar(ayat bm power ok!)
Bersepah anak-anak, para remaja yang membuat onar
Kes tikam bapa,atok,ayah..
Oh jahil sungguh mereka..
Otak dah tak betul..nak bunuh2 org pula

Menurut abah pula..
Toki meninggal ketika abah berumur 20++
Abah terpaksa bekejaran dari triang ke rompin
Menaiki bus lompat,kereta lembu,lori balak..Oke..ni tipu..
Abah terpaksa berusaha pulang ketika toki meninggal..
Sedangkan ketika itu, hidup sangat lah susah..

Sungguh sedih bile mendengar cerita mereka..
Kehilangan tempat bergantung ketika masih lagi berkayuh mengharungi kehidupan

Tapi kenapa segelintir atok yang tak berperikemanusiaan?
Tak ade kesedaran sivik ke?
Kubur dah kata mari tapi still nak buat macam zaman muda...
Oh pelis la..
Thats really jerk!!

Pada mereka yang mempunyai atok..
Untunglah korang..
Dapat juga merasa..
tsk..tsk..tsk..

sayonara

entri kali ni xdapat disertakan gambar..
sebab tidak memiliki walau sekeping pon gambar toki ku..huhu..



::Debaran menjelang harinya::



Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh kawan aku..
Esok merupakan hari bertukarnya status beliau..ciss..sangat jeles!! hoho
Perasaan die sangat excited sebab sebentar tadi dalam pukul 14.44 waktu malaysia..
Beliau telah membuat panggilan hangit kepada aku..
Ikuti perbualan kami..

*kiss me thru da phone berlagu*

tak single: hello ann..ko buat ape?
si single : aku tengah masak ni..nape?
tak single: tade lah..saja je nak suruh ko datang umah aku..ingat nak suruh ko dengan aina datang..tolong-tolong sikit...
si single:ooyeke..ermm tgk la dulu kalau tade hal.. eh ko kat mane ni

tak single:aku kat terminal bus ni..beli tiket ika..tiket balik bentong
si single: ooo bile die datang cni
tak single: esok die datang..tak dapat cuti..tu die datang esok..
si single:lor yeke..
tak single: weh..pelamin dah pasang dah kat umah aku..pagi tadi ada org datang pasang
si single: oyeke...
tak single: baju pun da sampai kat umah
si single: abeh ko tak try ke?
tak single:mestilah try..hahaha
si single:hahaha
tak single:ok lah nak cakap tu je..nanti ko datang la umah aku ek..petang ni ke..malam ni ke..
si single: insyaALLAH..kalau tade pape hal..
tak single:ok la..babai
si single:babai

tuttttttt..talian tamat..

oke..nampak tak keexcitedan die nak bertukar status?ak x sempat tanya lagi..die da cakap n bercerita yang pelamin dan baju dah sampai..jimat air liur aku..semua die dah cerita tanpa perlu ditanya...haha..

Bukan die je excited malahan kawan-kawan die ni juga excited..haha..tentulah kan..kawan baik dah nak bertukar status..mestilah tumpang hepi..gumbira..hehe..
Nak-nak lagi...esok boleh lam melaram abeh!..ok.tak boleh!!..nanti takut tersalah jari sarung cincin..maka tidak boley memakai pakaian yang melebihi orang yang disambut..haha

Disini aku nak mintak maaf kepada tak single kerana aku tidak dapat mengikut tema beliau.
Hal ini demikian kerana, aku tidak memiliki sepersalinan pakaian sopan berwarna hijau..

Ok lah dah tak tahu nak carutan ape da..
babai!..

Ni lah my bff yg nak tunang tu..same tak muka dorg? :P

Related Posts with Thumbnails