Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

.:: Theme color ::.

Hye kawan-kawan.. ape macam harini?? Harini aku menjadi seorang yang sangat baik sebab aku duduk kat umah je..baikkan?kan?kan?Diri ini rajin plak nk berceloteh untuk hari ini..so lets jom...

Kalau korang lah kan...ape warna yang korang nak sangat-sangat buat untuk wedding of the heart korang??sape-sape ade pandangan dan idea boleh la share..sharing is loving kan...hehehe..Aku masih buntu untuk pilih wane tema..Actually bagi akulah kan..first thing yang kena buat before make a preperation for ur wedding --"theme color for your wedding".. damn!! aku tak tahulah nak pilih color ape..sume color cantik kot...Rasa macam nak buat color ni..amacam??heheh

Ha cantik jah oi..Tak yah susah-susah pilih color..Macam-macam ada..
Lets view some other themes yang usually orang selalu buat untuk wedding dorang. Maybe sikit sebanyak akan bagi idea untuk kau, aku dan nokk..nokk sekalian..

warna KUNING

Warna yang akan menampakkan kau seolah-olah raja untuk sehari.. Gambar ni aku songlap dari kak shida.. Ini tema kawen ni..cantikkan?? orangnye pon cantik...So bila dia pakai color ni membuatkan dia lagi menyerlah.. For me, aku tak berani bermain dengan color ni sebab rasa diri tak seswai...huhu

Gojes and hensem...so kuning...so menyerlah kan..

warna PURPLE PINK

Warna yang sangat-sangat menarik tertarik kau memang dabom...sweet honesty punye color lah..warna ni nampak kau lembut la walaupun kau sebenarnya juara WWF..Tapi aku mungkin tak guna warna since my e-day dah guna warna ni kan..huhu..gambar ni hasil songlap dari fb my bff..now she preggy...congrats yunkk..

Warna ni membuatkan si jejaka nampak juruh je...heheh 


warna HIJAU

Warna yang segar bugar mata memandang..pendek kata fresh look la..wane ni cantik dan membuatkan korang nampak segar lah..hehehe..gambar ni hasil songlap dari fb kawan aku...


warna PURPLE

Warna ni warna favourite untuk tahun 2011..warna yang cantik dan menarik la..gambar ni songlap dari fb my bff..saidatul azlin


kalau ikutkan banyak je color lg..tapi cam malas plak nk berceloteh panjang lebor yang akhirnya buat korang rasa menyampah..*budget ade orang bace lah kan..haha* pape pon..klu korang ade idea theme color..kongsi-kongsi la..

Bye.

::kawen dan tanggungjawab::



musim makan free..haha..sana kawen sini kawen..sehari 2 3 tmpt undangan..ibu2 xyah nak susah2 nak masak pe kat umah..g je makan kat undangan tu..kompom kenyang sampai mlm klu penuhi semua undangan..tol x..tp dalam umor cam ak ni..bile dgr org nak kawen je..hormon kegatalan akan naek..bile tgk tv exspecially nona..aish..pastu klua la status kat fb nak kawen n segala bagai..ak ckp ni berdasarkan pengalaman sndri n kawan2..

pelikkan..dulu masa sekolah ta terpikir nak kawen..tp lepas je abeh degree ni..secara tetibe je trase nak kawen sgt2..tp xley nak kawen lagi sbb kne kje dlu la..huhu..bila hormon kegatalan merembas ngn lahapnye..ak cm nak kawen ari tu jugak..tp bile fikirkan tanggungjawab..aku rasa aku ta mampu lg utk memikul..haha..ok fine..lets check out..pe yg perlu seseorg isteri wat..pendek citer tanggungjawab bila da kawen:

1)bangun pagi siap2..kene wat breakfast..then kejut suami..
2)tghari kene pk dah mlm nak kne masak pe utk dinner..takkan nk mkn lua ari2 kan
3)balik keje kene siap2 barang untuk men masak2 + kemas umah(pgkan xsmpat nk kemas)..haha..
4)mandi..bersihkan dri...
5)siap2kan mkn malam
6)basuh segala pinggan mangkuk n bla2..
7)siapkan pakaian untuk kerja esok harinya
8)baru boleh lepak2 tgk tv
9)mata mesti da ngntok tahap dewa...
10)tito..(aish bila masa nak bermanja n membunuh setan ek?haha..)

klu fikirkan sume tugas2 tu..agak2 dalam usia sekarang ni..mampu ke nk wat..tu blom ade anak lgkan..tp bile pk2 prasaan nak kawen tu yg lebey dari perasaan tanggungjawab..perkahwinan itu adalah tanggungjawab..mmg besh da kawen..dekat ngn org yg kita sayang..waaa..sape tamaukan..tapi mampu ke kite nak pikol tanggungjawab?tepuk dada tanya selera..hehe..tu belum lagi tanggungjawab kalau family2 pihak llki atau perempuan dtg umah..lagi la kne rush wat keje..nak2 lagi klu dorg dtg tumpang rumah kan..haha...

tapi untuk membina sebuah masjid pon bukan cakap pakai air liur je..sume perlukan duit..tade duit tade la kawen..for those yg family support tu..mmg sgt2 bruntung..sekurang2nye dapat elak maksiatkan..tp for those yg kne bertungkus lumus kump duit cam aku n rakan2..agak sshkan..mmgla klu ikotkan lelaki yg perlu ssh payah kump duit..tp sbgai perempuan..kita mestilah kne tolong ringankan beban pihak lelaki..byk sgt yg perlu dibuat persediaan untk kawen..antaranya:


Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.

Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


Related Posts with Thumbnails