::Mari bersama::

B.O.S.A.N
jom wat tag..this tagged grab from momo chan..
thanx ya mieramomochan


1. thank n link da person who gave u award...
sangat kesian sebab tak pernah dapat award.. tsk..tsk

2. pass this award to 15 bloggers u've recently discoverd n think are fantastic

aina yang sempoi

wanie klon ct

mel yang sopan

khalin yang cantik

taufik suke togeh

tirah yang baik hati

nadia haves yang comel

kaklong kawan apan

kak aida yang hebat

kak ila yang banyak mulut

kak aili yang jiwang

_mereka2 yang lain..sila lah ambik_

3.contact said blogs n let them know they've won the award

okey..will giv a clue on shoutbox..watchout!

4.state 7 things about yourself
simple tapi agak cerewet dalam memilih sesuatu..

saya suka melawa sebab tahu diri tak berapa lawa..haha


kuat nangis and tak suka kana marah apatah lagi pukul..n cepat terasa hati..


suka sesuatu yang creative..kalau boleh nak jadi freelance grafik designer..


sangat gila dengan color merah n pink


tak boleh jumpa kazen n kawan2 nanti tak jumpe kunci untuk stop ketawa


tak suka makan daging n perut..






::Cerita kita::

Filem melayu dan jalan penceritaan yang penuh dengan kritikan jika dibandingkan dengan cerita luar negara..
Ayah aku paling tak suka cerita melayu..bukan sebab tak sokong tapi sebab jalan cerita yang kadang-kadang membuatkan orang mengkritik..haih~

1) Kalau cerita melayu..kalau 5 orang pelakon..hanya 5 orang je dari mula cerita sampai abeh..watak-watak sampingan hanya beberapa kerat..tu pun macam tak mampu nak hidupkan cerita..Nak-nak lagi kalau cerita orang kampung serang sipolan2...Nak tergelak je tgk..

2) Part mengandung..AKu heran betul..kalau mengandung je..Mesti nak pegang-pegang perut..takpe..pk positif..tak nak bantal tu jatuh kot..kihkih..Sedangkan dalam dunia realiti..bukannya 24jam pegang perot..Aduh pelik!

3) Kalau make-up..Pergh kalah lah adobe photoshope..Mau kat 5 6 kilo..berlakon duduk umah pun make-up kalah opera china..sedangkan duni realiti..duduk rumah kalau boleh muka nak bebas dari mekup2..kalau tengak cerita omputih..nampak natural je makup dorang..takda pon kaler yg ummph! tp lawa gak

4) Tang bulu mata palsu ak rasa paling tak logik!..nak tito pon bulu mate tetap maintain..Takut sangat tak cantik kot masa berlakon tu..Oh plz la..be natural...

5) Kalau cerita yang melibatkan orang kaya..mesti libatkan juta-juta..billion ringgit..tak nak kalah tu..banyak betul duit..Lepas tu mulalah tindih orang2 miskin..

6) Kalau cerita cinta lak..kalau cinta tak kesampaian..akhirnya mesti disatukan..kononnya..nenek dah wasiatkan lah..dah ditunangkan dari kecillah..yang paling xley blah..nenek yang nazak yang tak kenal pon tetibe boleh wasiatkan..dan dan org tu da relate..sedangkan dalam dunia betul..0.1% je kot..family nak wasiat2 kan utk disatukan..

7)Kalau part sarapan pagi, mesti roti hari-hari..roti sapu planta la hape la..ni mesti kes nak jimat budget..kihkih

kalau ikutkan banyak je lg..tapi rasanya..korang semua boleh nilai..ni yang aku tengok dari mata kasar..pendek cerita..tiap cerita drama melayu..mesti ade babak macam dalam entri aku..kalau tak percaya..tengok la cerita melayu kite..hehe..

sayonara~



::Pre-konvo part 1::



Perasaan bercampur baur..
Tak tahu nak cakap gembira atau pun tidak..
Ye!! Gembira..
Oke tanak tipu..
Tak gembira..
Tapi gembira..
Mana satu kau ni ann..
Pang!!Ouch sakitnya penampar..

Susah nak ungkap apa perasaan yang tidak dapat dinilai ini..
Saya gembira sebab saya nak konvo..
Tapi..tapi..tapi..
Tarikh konvo adalah sangat tidak memberi kesan kegembiraan dihati..
Oh dimanakah kegembiraan hati yang sepatutnya singgah..
Stopi it ann!

Oke..baiklah..
Kalau orang lain, mesti tertunggu-tunggu tarikh nak melempar mortar board kelangit..
Pakai jubah yang memang dapat sorok perut yang buncit tu..
Tapi tidak bagi kami!!.

Apakan daya kami insan hina
Nak buat macam manakan?
Dah ditetapkan oleh pihak U..
Maka dengan lafas bismillahirrahmanirrahim..
Saya merasmikan majlis..
Oopss silap..
Tula bila hati tidak ikhlas..
Macam nilah jadi..

Oke serius..ikhlas..
Maka perasaan syukur ke khadrat illahi kami kena juga terima hakikat bahawa tarikh konvo jatuh pada 8 Julai 2010
bersamaan ______________kalendar islam(tak tengok kalendar islam la..so tak tahu..)

Best ke konvo pada hari orang bekerja..
Sangat mengharap famili dan juga en bf datang..
Okey tak perlu mengharap..
Jangan mengharap sebab en bf takkan cuti sebab itu..
Die sangat workholic..
Ye pekerja yang sangat rajin(nak sedapkan hati)
Monolog dalam hati yang memang tidak berkesudahan sehingga bertemu 8 Julai 2010..

Sekian, dengan hati kecewa membawa diri..tsk..tsk..

~Sayonara~


Saya nak ini masa hari saya dianugerah Ijazah Sarjana Muda pada tarikh 8 Julai..

::Tahniah kawanku::

Bersyukur kerana saingan aku telah berkurangan..
Cuma saingan aku sekarang adalah Cik Aina Hazuani, Wan Nur Shazwani dan Farah Yunus..
Ok takpe..Cik Nur Shazwani aku tidak merasa tergugat kerana dia sekarang berada jauh di Rusia..
Maka saya perlu berdoa semoga saudari Aina Hazuani dan Farah Yunus cepat ditunangkan dengan pasangan masing2..ok tanak..
Saya berdoa semoga saya dahulu sebelum mereka..berdoa dan terus berdoa..
Oh rakusnya kau ann..
Gatal betul..dah cukup..jangan mengarut..
Ok stop.nokhtah..titik..
Kembali ke pangkalan jalan..
Apa yang kau merepek-repek ni..
Ok dah sambung...

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelumnya..
Alhamdullillah kawan aku dah selamat di tunangkan dengan saudari RUHI HAYAT..
Congrats ye Cik Nur Saidatul Azlin..

Kami tiba di rumah saudari azlin pada pukul 12lebih..Aku sangat tergesa-gesa, kerana lewat bangun tidur dan aina serta enbf kereta kancil color oren menunggu diluar umah
Takpa..ak kasi chance mereka berjiwang serta melakukan raba-rabaan manja..serius ini tipu
Ok abaikan..Memang saya suka bangun tidur lewat..Pemalas?Ye tepat sekali..
Apa?anak dara tak elok?Memang betol..Tapi nak buat macam mana dah terbabas..
Stop it ann!..
Oh mengarut lagi..

Ok sampai je kat rumah azlin terus kami salam2 dengan mak n nenek azlin..
ishk kelakarnya panggil die azlin..geli..
Ok sambung..
Lepas dah salam-salam tu kami pun berlaru naik kebilik atas dan melaungkan name leen..
Panggilan disahut.lalu pintu terkuak dari dalam..
Ketika itu leen sedang di contengkan mukanya oleh mak andam..
Oh sangat cantik!

Gambar terpaksa diblurkan oleh pihak berwajib atas kesilapan angle..marap maaf

Sepatutnya acara bermula sesudah zohor, tapi pada hari itu, acara diadakan lewat memandangkan si tunangan terkandas dalam jem..maklumlah si tunangan dari KL..
Kalau area kuantan confirm dah sampai...

Pada pukul 3.30 acara menyarung cincin dijalankan dan sejurus kemudian aku,aina serta ika terus mencari makanan..serius lapar..
Makanan sangat sedap!..Macam-macam ada
Aku telah mengambil lauk keli goreng berlada,pari,sayur,lempong dan tidak ketinggalan sambal belacan..
Pergh giler superb sedap...

Setelah kekenyangan, kami mendapatkan azlin semula..
Ketika itu, die sedang bergamba bersama-sama mereka-mereka,dia-dia(ok tak tahu siapa mereka yang dimaksudkan jadi tidak boleh dinyatakan disini...)


Ok..dah malas nak cerita..lagipun bukan ada orang baca
Maka..
Setelah sesi photoshoot kami tamat
Kami pon pulang ke pangkal jalan..
sekian...

Here some photos yg gojes..



BFF..tapi tak lengkap sebab orang Rusia xdapat join..

Berlatih duduk itu penting supaya kaki tidak terpeleot...

Inilah pasangannye...dah boleh terus akad nikah la kalau macamni..kihkih

::Tips menggemukkan badan::



Pemuda (lawan kepada petua) menggemokkan badan pada si kerempeng

Badan yang kerempang semestinya mengganggu prestasi anda..
Terasa seperti melayang-layang ditiup angin..
Jika angin ribut taufan melanda..pastinya anda akan hilang dilayangkan

AMARAN:Sila baca dalam keadaan serius!!

Ok tips ini sangat berguna kepada mereka yang ingin menaikkan berat badan:

1) Bangun pagi, kalau perlu xypayah cuci muka..terus pergi beli nasi lemak..ini kerana..dikhuatiri nasi lemak habis apabila anda mengambil masa mencuci muka..Seterusnya mengurangkan keberkesanan pemuda ini

2) Makan selagi boleh bergerak..jangan berhenti selagi anda tidak memuntahkan makanan tersebut..

3)Bersiap sedia untuk makan tengahari..Sesungguhnya, makan tengahari lebih menyumbang kepada kegemukan daripada makan pagi..Ini kerana,lepas makan anda perlu tidur..haha

4)Bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika membuat kerja..seperti menyediakan jajan,kerepek-kerepek..Kalau boleh sediakan sekali pizza pastinya mempercepatkan tindakan menaikkan badan anda.

5)Makan malam yang banyak diperlukan untuk pengumpulan lemak juga tenaga..supaya tidak sejuk di malam hari

6)Lakukan aktiviti makan ditengah malam sebelum tidur, ini bertujuan supaya anda lebih lena tidur setelah kenyang..hoho

Pemuda ini hendaklah dilakukan setiap hari bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan..Bagi mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi seperti aku..Anda disarankan berkahwin awal kerana pemuda ini tidak akan menjadi kepada anda..Mereka yang berkahwin awal cenderung untuk gemuk kerana anda gemuk serta buncit akibat perbuatan anda sendiri..haha..

Selamat mencuba

p/s:aku nak berisi sikit..tapi tak mahu gemuk..

gambar dipetik dari google..

::Panggilan sepi::

Atok,tokwan,toki,aki,datuk
erm..panggilan yang aku tak pernah guna..
Seronok ke ada atok?..
Aku sering tertanya-tanya..
Aku tak pernah ada atok..
Aku tak pernah melihat atok..

Menurut mak..aki meninggal semasa mak tingkatan 4..
Kemalangan motosikal dan terhendak dada dekat batu penanda..
Oh sungguh sedih..
Umur mak baru meningkat tapi sudah hilang tempat bergantung..

Menurut mak lagi..
Atok sangat garang dan anak-anak sangat takut dengan arwah..
Tapi tu penilaian orang dahulu kala..
Ehem..maksud aku penilaian orang dahulu dan orang sekarang sangat berbeza..
Yelah kan...orang sekarang ni mane nak takot dengan orang yang lagi tua..

Kalau takut masakan dalam berita mahupun di dada akhbar(ayat bm power ok!)
Bersepah anak-anak, para remaja yang membuat onar
Kes tikam bapa,atok,ayah..
Oh jahil sungguh mereka..
Otak dah tak betul..nak bunuh2 org pula

Menurut abah pula..
Toki meninggal ketika abah berumur 20++
Abah terpaksa bekejaran dari triang ke rompin
Menaiki bus lompat,kereta lembu,lori balak..Oke..ni tipu..
Abah terpaksa berusaha pulang ketika toki meninggal..
Sedangkan ketika itu, hidup sangat lah susah..

Sungguh sedih bile mendengar cerita mereka..
Kehilangan tempat bergantung ketika masih lagi berkayuh mengharungi kehidupan

Tapi kenapa segelintir atok yang tak berperikemanusiaan?
Tak ade kesedaran sivik ke?
Kubur dah kata mari tapi still nak buat macam zaman muda...
Oh pelis la..
Thats really jerk!!

Pada mereka yang mempunyai atok..
Untunglah korang..
Dapat juga merasa..
tsk..tsk..tsk..

sayonara

entri kali ni xdapat disertakan gambar..
sebab tidak memiliki walau sekeping pon gambar toki ku..huhu..



::Debaran menjelang harinya::



Esok adalah hari yang dinanti-nantikan oleh kawan aku..
Esok merupakan hari bertukarnya status beliau..ciss..sangat jeles!! hoho
Perasaan die sangat excited sebab sebentar tadi dalam pukul 14.44 waktu malaysia..
Beliau telah membuat panggilan hangit kepada aku..
Ikuti perbualan kami..

*kiss me thru da phone berlagu*

tak single: hello ann..ko buat ape?
si single : aku tengah masak ni..nape?
tak single: tade lah..saja je nak suruh ko datang umah aku..ingat nak suruh ko dengan aina datang..tolong-tolong sikit...
si single:ooyeke..ermm tgk la dulu kalau tade hal.. eh ko kat mane ni

tak single:aku kat terminal bus ni..beli tiket ika..tiket balik bentong
si single: ooo bile die datang cni
tak single: esok die datang..tak dapat cuti..tu die datang esok..
si single:lor yeke..
tak single: weh..pelamin dah pasang dah kat umah aku..pagi tadi ada org datang pasang
si single: oyeke...
tak single: baju pun da sampai kat umah
si single: abeh ko tak try ke?
tak single:mestilah try..hahaha
si single:hahaha
tak single:ok lah nak cakap tu je..nanti ko datang la umah aku ek..petang ni ke..malam ni ke..
si single: insyaALLAH..kalau tade pape hal..
tak single:ok la..babai
si single:babai

tuttttttt..talian tamat..

oke..nampak tak keexcitedan die nak bertukar status?ak x sempat tanya lagi..die da cakap n bercerita yang pelamin dan baju dah sampai..jimat air liur aku..semua die dah cerita tanpa perlu ditanya...haha..

Bukan die je excited malahan kawan-kawan die ni juga excited..haha..tentulah kan..kawan baik dah nak bertukar status..mestilah tumpang hepi..gumbira..hehe..
Nak-nak lagi...esok boleh lam melaram abeh!..ok.tak boleh!!..nanti takut tersalah jari sarung cincin..maka tidak boley memakai pakaian yang melebihi orang yang disambut..haha

Disini aku nak mintak maaf kepada tak single kerana aku tidak dapat mengikut tema beliau.
Hal ini demikian kerana, aku tidak memiliki sepersalinan pakaian sopan berwarna hijau..

Ok lah dah tak tahu nak carutan ape da..
babai!..

Ni lah my bff yg nak tunang tu..same tak muka dorg? :P

Related Posts with Thumbnails